Pergi ke kandungan

Armada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perkumpulan yang jarang berlaku 5 armada berbilang negara, sewaktu Operasi Enduring Freedom di Laut Oman. Dalam empat barisan menurun, dari kiri ke kanan: ITS Maestrale (F 570), FS De Grasse (D 612); USS John C. Stennis (CVN 74), FS Charles De Gaulle (R 91), FS Surcouf (F 711); USS Port Royal (CG-73), HMS Ocean (L 12), USS John F. Kennedy (CV 67), HNLMS Van Amstel (F 831); dan ITS Luigi Durand de la Penne (D 560).

Armada atau armada tentera laut adalah sebuah formasi besar kapal-kapal perang, dan formasi terbesar dalam mana-mana tentera laut. Sebuah armada di laut adalah bersamaan dengan sebuah tentera darat medan di darat.

Armada lazimnya adalah, tidak semestinya, formasi tetap dan biasanya ditugaskan ke lautan atau laut. Kebanyakan armada dinamakan selepas lautan atau laut berkenaan, tetapi konvensyen didalam Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan nombor.

Sebuah armada biasanya diperintah oleh seorang Laksamana, yang selalu juga merupakan panglima besar, tetapi banyak armada telahpun diperintah oleh Laksamana Madya ataupun Laksamana Muda. Kebanyakan armada telah dibahagikan kepada beberapa skuadron, masing-masing dibawah laksamana rendah. Skuadron tersebut seterusnya dibahagikan kepada divisyen. Di dalam zaman layar, armada telah dipecahkan kepada skuadron depan, tengah dan belakang, skuadron dinamakan sempena setiap tempat dalam garis pertempuran. Di zaman yang lebih moden, skuadron biasanya terdiri daripada kumpulan kelas sama jenis kapal perang, seperti kapal tempur atau kruiser.

Sejak tentera laut yang kecil hanya mengandungi satu armada, istilah the fleet sering sinonim dengan the navy.

Armada berbilang negara bukan luar biasa dalam sejarah tentera laut. Sebagai contoh, beberapa negara terdiri daripada armada Gabungan Suci di Pertempuran Lepanto pada tahun 1571. Di zaman moden, NATO telah membentuk armada gabungan dan operasi tetap dari beberapa tentera laut nasional seperti Operasi Active Endeavour.

Lihat senarai armada untuk armada individu.

Armada moden

[sunting | sunting sumber]

Armada moden menggabungkan kapal perang permukaan, kapal selam, kapal sokongan dan kapal pembawa pesawat bagi menjalankan operasi tentera di laut. Secara umumnya ia difahami sebagai laut lepas, atau lautan, laut perairan atau pesisiran berbanding pinggir air atau pasukan pantai/sungai. Armada tentera laut yang lebih besar biasanya dibahagikan kepada armada bernombor atau bernama mengikut kawasan geografi operasi atau mengikut kumpulan pentadbiran dari kapal jenis yang sama.

Armada moden pada kebiasaannya adalah unit pentadbiran. Lazimnya, pasukan petugas berindividu dibentuk untuk menjalankan operasi yang spesifik.