Ulasan add-on adalah satu cara untuk berkongsi pendapat perihal add-ons yang anda sudah pasang dan gunakan. Pasukan moderat ulasan kami berhak untuk menolak atau membuang sebarang ulasan yang tidak mematuhi garis panduan.
Panduan untuk menulis ulasan yang bagus
Buat:
- Tulis seperti anda bercerita kepada rakan perihal pengalaman menggunakan add-on.
- Pastikan ulasan ringkas dan mudah difahami.
- Beri butiran tertentu dan membantu. Sebagai contoh:
- Adakah add-on berfungsi seperti yang anda jangkakan?
- Ciri apa yang anda suka atau tidak suka?
- Adakah add-on itu berguna?
- Adakah mudah untuk digunakan?
- Adakah anda akan terus menggunakan add-on ini?
- Luangkan masa membaca ulasan anda sebelum menghantarnya bagi meminimumkan kesilapan menaip.
Jangan:
- Hantar ulasan satu-perkataan seperti "Hebat!", "mengagumkan" atau "buruk".
- Buat ulasan perihal isu teknikal, permintaan sokongan atau mencadangkan ciri. Gunakan pilihan sokongan yang disediakan untuk setiap add-on. Anda boleh mencarinya dalam bahagian "Maklumat Lanjut" dalam bar sisi halaman butiran add-on.
- Tulis ulasan add-ons yang anda sendiri belum pernah menggunakannya.
- Guna bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai kebencian, kelakuan tidak senonoh atau bahasa seksual.
- Sertakan HTML, pautan, kod sumber atau coretan kod. Ulasan adalah hanya dalam bentuk teks.
- Membuat kenyataan palsu, memperkecilkan pengarang add-on atau secara peribadi menghina mereka.
- Memasukkan e-mel anda sendiri atau orang lain, nombor telefon, atau butiran peribadi yang lain.
- Buat ulasan add-on yang anda atau organisasi anda tulis atau wakili.
- Buat kritikan atas ciri yang dijangkakan. Sebagai contoh, berikan ulasan negatif untuk add-on yang memaparkan iklan atau mengumpulkan data, jika samada inilah tujuan add-on tersebut dicipta, atau pengumpulan data memang diperlukan supaya add-on tersebut boleh berfungsi.
Soalan Lazim perihal Ulasan
Bagaimana saya boleh melaporkan ulasan yang bermasalah?
Sila laporkan atau tandakan ulasan yang tidak sesuai dengan mengklik "Laporkan ulasan ini" yang akan dihantar untuk dipertimbangkan. Pasukan moderat akan menggunakan Garis Panduan Semakan untuk menilai samada ulasan tersebut akan dibuang atau dipulihkan ke dalam laman.
Saya pengarang add-on, bolehkah saya membalas ulasan?
Ya, pengarang add-on boleh membuat satu balasan kepada setiap ulasan. Anda boleh tetapkan topik perbincangan dalam forum untuk membuat perbincangan lanjut atau susulan.
Saya seorang pengarang add-on, bolehkah saya menghapuskan ulasan atau penarafan yang tidak menyebelahi saya?
Secara umum, tidak. Tapi jika ulasan tersebut tidak mematuhi garis panduan semakan yang ditetapkan, anda boleh klik "Laporkan semakan ini" dan akan dipertimbangkan. Jika ulasan yang dibuat sudah tidak lagi sesuai kerana ada keluaran add-on yang baru, kami mungkin akan membuang semakan berkenaan.